- Home
- Berita TV3
- Berita Terkini
- Permohonan Mat Sabu Ditolak
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bagi mengetepikan pertuduhan memfitnah pasukan keselamatan dalam insiden Bukit Kepong 1950.
Ia bermakna perbicaraan kes asal di Mahkamah Sesyen Butterworth akan bersambung semula.
Mohamad Sabu, dikenali dengan jolokan Mat Sabu memohon untuk mengetepikan tuduhan ke atasnya dengan alasan mahkamah bukan forum untuk pentafsiran sejarah.
Hakim Mohamad Amin Firdaus Abdullah yang menolak permohonan itu berkata pertuduhan ke atas Mat Sabu tidak berkaitan dengan elemen sejarah sebaliknya lebih tertumpu kepada dakwaannya membabitkan peranan pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang terkorban dalam insiden berkenaan.
Mat Sabu menghadapi perbicaraan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memburukkan anggota polis dan keluarga yang terbunuh dalam serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Dia didakwa melakukan dakwaan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos tahun lalu.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
Permohonan Perhimpunan Perlu Penelitian Mendalam
Kementerian Dalam Negeri dan Polis Di-Raja Malaysia diminta...
Lebih lanjut...
DBKL Tolak Permohonan JMM Guna Dataran Merdeka
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL, menolak permohonan Pertubuhan...
Lebih lanjut...
Permohonan Injunksi Lapan Peneroka Felda Ditolak
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak permohonan...
Lebih lanjut...
Permohonan Maaf Membuktikan Sikap Positif BN
Turut diulas Tan Sri Muhyiddin - permohonan...
Lebih lanjut...