Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Pesawat Cessna Berjaya Dijumpai Di Empangan Batu, Selayang

11 Jan 2014, 04:05pm by nur farhanin


Susulan kehilangan pesawat cessna yang dilaporkan hilang petang semalam.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menjumpai pesawat berkenaan kira-kira pukul 3.45 pagi tadi di empangan batu, selayang.

Tiga mangsa yang berada di dalam pesawat itu turut ditemui selamat.

Ketiga-tiga mangsa, saiful farid amin, 40 tahun, syed haidar dan mohd. Saiful zafiq, 25 tahun telah berjaya dibawa keluar dari lokasi nahas pada pukul 5 pagi tadi.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di hospital selayang untuk mendapat rawatan kecemasan.

Ketua bomba dan penyelamat selangor, othman abdullah berkata, seramai 35 anggota pasukan penyelamat termasuk bomba terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pesawat berkenaan yang dipandu oleh saiful farid, hilang kawalan selepas cuba mengelak seekor burung helang.

Pesawat kemudian merempuh pohon buluh lalu terhempas.

Pesawat cessna milik kelab penerbangan diraja selangor itu berlepas dari pangkalan udara tentera udara diraja malaysia, t-u-d-m sungai besi, sebelum dilaporkan hilang pada pukul 5 petang di sekitar batu caves, semalam.