Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Presiden Filipina Ajak Sultan Sulu Berunding Secara Baik

27 Feb 2013, 11:03am by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Presiden Filipina, Benigno Aquino berkata Manila tidak pernah mengetepikan tuntutan yang dibuat Sultan Sulu menerusi sepucuk surat yang dikirimkan kepada Istana Malacanang pada tahun 2010.

Malah, kerajaan Filipina masih membuat kajian terhadap tuntutan keluarga kesultanan itu.

Beliau sehubungan itu mengajak Sultan Jamalul Kiram III berunding dengan baik.

Benigno berkata, tindakan Sultan Sulu dan pengikutnya akan hanya mengancam keselamatan rakyat Filipina yang bekerja di Sabah serta pedagang di selatan Filipina.

Sultan sulu, semalam nekad untuk tidak mengarahkan pengikutnya meninggalkan Lahad Datu, Sabah, sebaliknya, mahu Manila menerima tuntutan yang dibuat kesultanan itu.

Sultan Sulu menuntut Sabah sebagai wilayahnya.