Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Program Catuan Air Selangor Bermula Esok

24 Feb 2014, 02:21pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Program catuan air di negeri Selangor akan bermula esok.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, proses catuan air akan dibuat secara berjadual dan berterusan sehingga paras air di beberapa empangan kembali ke tahap sedia kala.

Lori tangki syabas akan digunakan bagi menghantar bekalan air bersih ke kawasan yang teruk terjejas.

Setakat ini, Naming Bukit Tampoi dan Batu 11 Cheras antara kawasan yang paling terjejas.

Tan Sri Abdul Khalid yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri pagi tadi menjelaskan program catuan air di Selangor akan dihentikan bergantung kepada beberapa faktor.

Antaranya, musim hujan yang diramal akhir bulan depan.