Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Program Ijazah Di Politeknik Tahun Depan

22 Nov 2012, 02:08pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.

Beliau berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk memperkasa lulusan diploma politeknik.

Program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara akan bermula tahun depan, oleh itu Politeknik akan memberi pendedahan kepada pegawainya dalam melaksanakan program ijazah.

Di peringkat kolej komuniti pula, Politeknik akan melaksanakan 'diploma pembelajaran berasaskan kerja' tahun depan di 81 buah kolej komuniti di seluruh negara.
Program diploma ini dibuat dengan kerjasama industri.