Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Punca Kematian Jemaah Haji Malaysia Masih Disiasat

10 Oct 2011, 01:01pm by SHELIZAN DOLLAH


Punca sebenar kematian seorang jemaah Haji Malaysia, yang meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat sembilan, hotel penginapannya di Madinah, masih dalam siasatan.

Sehubungan itu Tabung Haji meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kemalangan yang menimpa jemaah terbabit.

Rohani Mohammad Kasim, 39 tahun dari Shah Alam, dilaporkan jatuh dari tingkat sembilan Hotel Al-Haram, Madinah Sabtu lalu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala kira-kira jam empat petang waktu tempatan.

Allahyarham mengerjakan Haji di tanah suci bersama suaminya Mohd Nasir Abdullah, 54 tahun melalui pakej diuruskan Lembaga Tabung Haji.

Ia kes kematian pertama membabitkan jemaah Haji Malaysia pada musim Haji tahun ini.

DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM / Menteri di JPM
Kita kasih lagi menuggu belum keluar lagi laporan lengkap dari pihak keselamatan pihak Arab Saudi dan malam tadi saya dah berhubung dengan pihak Tabung Haji yang berada di Madinah, pihak wakil Malaysia dan masih lagi menunggu laporan lengkap daripada pihak polis Arab Saudi dan jenazah telah pun diuruskan pengkebumian di Baqi'.