Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Pusat Jagaan Harian Bagi Warga Emas

10 Nov 2011, 07:00am by NURUL AZURA ABDUL RAHMAN


Anak keluar cari rezeki, ibu bapa yang sudah tua pula ditinggalkan keseorangan di rumah.

Jalan penyelesaiannya, tidak perlu hantar ibu bapa ke rumah kebajikan orang tua.

Kerana sudah ada 22 pusat jagaan harian warga emas yang ditubuhkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan setiap pusat menerima geran lebih 33 ribu ringgit setahun.