- Home
- Berita TV3
- Berita Terkini
- RM800 juta - Kos Pertukaran PPSMI ke MBMMBI
800 juta ringgit.
Itu kos pertukaran dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI kepada Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, MBMMBI.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri: "Peruntukan yang telah disediakan untuk progran kita bagi tahun ini sahaja 800 juta peringkat awal untuk mengubah pelbagai software, hardware, untuk membina guru-guru. Jumlah permulaan yang besar dan saya jangka untuk MBMMBI, kita memerlukan tak kurang 5 billion ringgit dalam satu fasa.
Sidang Dewan Negara pagi tadi dimaklumkan, Kementerian Pelajaran sedang melaksana beberapa pendekatan supaya pelajar terus menguasai Bahasa Inggeris.
Ia berikutan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI.
Yang kini diganti dengan dasar, Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, MBMMBI.
Menjawab soalan Senator Ng Fook Heng, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian akan menubuhkan jawatankuasa induk pelaksanaan dasar MBMMBI yang dipengerusikan beliau.
Juga penambahan waktu 90 minit bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di tahap 1 dan 2.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri: "Ini memberi penambahan masa kepada pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris sebanyak 300 minit seminggu untuk sekolah kebangsaan dan 150 minit seminggu bagi sekolah jenis kebangsaan."
375 penutur jati dari luar negara sudah dibawa masuk untuk meningkatkan profesionalisme pensyarah dan guru bahasa Inggeris.
Seain itu, 10 ribu lagi guru bahasa Inggeris disasar mendapat latihan khusus tahun ini untuk mengajar subjek ini.
Pengambilan guru bersara bahasa Inggeris secara kontrak juga sedang dilaksana.
Disasarkan 600 guru sedemikian akan dilantik menjelang 2013.
Bagi memiminumkan perubahan dasar PPSMI ke MBMMBI, pendekatan lain diperkenalkan.
"Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat sekolah kecuali tahun 1, boleh menggunakan bahasa Inggeris atau dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI yang dijangka tamat pada tahun 2015."
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
Satria Pemenang Ke-5 Pertandingan `My PROTON Car Makeover'
Baru-baru ini, PROTON telah mengumumkan pemenang kelima pertandingan...
Lebih lanjut...
Tian Chua Dihadapkan Ke Mahkamah
Anggota Parlimen Batu, Tian Chua hari ini mengaku...
Lebih lanjut...
Pampasan RM2.94 Juta Untuk Nelayan Tapak Rapid
Perdana Menteri mengumumkan pampasan bernilai RM2.94 juta kepada...
Lebih lanjut...
2 Perancang Utama Larikan Diri ke Luar Negara
Dua perancang utama yang terlibat dalam penculikan...
Lebih lanjut...