Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Serah Tugas HAT Lumut

4 Sep 2012, 03:34pm by NORAINIS MOHD NOOR


Lumut, PERAK --  Brig Jen Dato’ Pahlawan Dr Hj Samiran bin Sarijan Pegawai Memerintah 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut (HATL) bersama-sama Brig Jen Dr Zakaria bin Awang telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas YBhg Panglima Bantuan Laksma Abdul Aziz bin Md Sani. Kunjungan tersebut adalah sempena proses serah menyerah tugas tampuk pemerintahan 96 HATL kepada Brigadier Jeneral Dr Zakaria bin Awang yang akan mula memerintah mulai 10 Sep 12.



Ketibaan kunjungan telah disambut dengan Kawalan Suku dan diiringi oleh AKS Tadbir Markas Bantuan. Seterusnya acara menandatangani Buku Pelawat oleh kedua-dua tetamu. Perbincangan kedua-dua belah pihak telah berlangsung di pejabat Panglima Bantuan. Panglima Bantuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mantan Pegawai Memerintah 96 HATL yang akan bertukar keluar sebagai Pengarah Kesihatan (Bahagian Perkhidmatan Kesihatan) Markas Angkatan Tentera Malaysia dan beliau mengucapkan selamat berkhidmat kepada Pegawai Memerintah 96 HATL yang baru. Semoga tampuk pemerintahan yang baru dapat meneruskan legasi kecemerlangan di dalam mentadbir dan mengurus 96 HATL ke arah memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada warga Pangkalan TLDM Lumut. Kunjungan diakhiri dengan pertukaran cenderahati di antara kedua-dua belah pihak dan Kawalan Suku.