- Home
- Berita TV3
- Berita Terkini
- Setiap Rakyat Malaysia Perlu Terap Semangat Kekitaan
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu setiap rakyat Malaysia menerapkan semangat kekitaan dalam diri masing-masing agar perpaduan penduduk dan keamanan negara terus dikekalkan.
Kata beliau, semangat kekitaan atau "esprit de corps" di kalangan penduduk negara ini sebenarnya telah lama wujud iaitu kesinambungan daripada semangat yang wujud dalam diri pemimpin-pemimpin negara terdahulu.
Perdana Menteri berucap merasmikan Pesta Ponggal 1Malaysia dan penyampaian Bantuan Rakyat 1-Malaysia kawasan parlimen Pekan di Dataran Pekan.
Beliau yang juga ahli parlimen Pekan berkata, pemimpin seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mendiang Tun Tan Cheng Lock, mendiang Tun Sambanthan dan Almarhum Tun Abdul Razak Hussein pada satu ketika dulu, duduk semeja merangka dasar-dasar berdasarkan falsafah perlembagaan negara yang menjadi tonggak kepada perpaduan kaum sehingga ke hari ini.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan replika cek BR1M kepada wakil penduduk kawasan parlimen Pekan, membabitkan penerima keseluruhan lebih 20 ribu orang.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
Majoriti Rakyat Malaysia Mahukan Keamanan
Kumpulan minoriti tidak patut mengenakan pandangan mereka ke...
Lebih lanjut...
Stabil, Namun Perlu Masa Lama Untuk Pulih
Mohd Zamri Fitri Mohd Noor, mangsa parah...
Lebih lanjut...
Lebih 150 Belia Sertai Pertandingan Kemahiran Malaysia
Lebih 150 belia yang mewakili pelbagai institusi...
Lebih lanjut...
Isu Lynas Perlu Ditangani Secara Saintifik
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, mengenai projek Lynas...
Lebih lanjut...