Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Skuad Muda 1 JPJ Sasar 300,000 Sukarelawan

5 Aug 2013, 02:00pm by sarah farhana


Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ mensasarkan 300 ribu sukarelawan di kalangan masyarakat negara ini khususnya golongan belia untuk menyertai Skuad Muda 1 JPJ menjelang tahun hadapan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata selain golongan muda, skuad yang ditubuhkan pada awal bulan ini turut mensasarkan mereka yang terlibat dalam aktiviti permotoran dan badan bukan kerajaan, NGO.