Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Struktur Gaji Penjawat Awam Dipertingkat

7 Oct 2011, 05:41pm by NORAINIS MOHD NOOR


Mulai tahun 2012, kenaikan gaji tahunan pejawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13%.

Prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung pesara,  mulai 2013, kerajaan akan laksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Lebih banyak mata gaji diwujudkan supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama. 

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
 menambah baik struktur gaji penjawat awam  melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yg lebih lama. dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya jika di bawah SSM, bagi guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah RM6,325.39. kelak, di bawah SBPA gaji maksimum belaiu akan meningkat 37.7% kepada RM8,710. Bagi guru bukan siswazah pula jika dibawah SSM kini yang berada pada gred DG34, gaji maksimu adalah RM3,860.52 kelak di bawah SBPA ia kan meningkat 39% kepada RM5,370.