Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Sumbang Mahram Anak Pemimpin Pembangkang

13 Sep 2012, 09:00pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jerantut atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya.

Mangsa telah melahirkan seorang bayi lelaki, 12 Ogos lalu.

Tertuduh yang berusia 14 tahun didakwa melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya yang berusia 15 tahun di Kampung Bukit Kor, Batu Balai.

Kesalahan dilakukan pukul 12:30 tengah malam, November tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Majistret Muhammad Iskandar membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan menetapkan kes disebut semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu.

Kes sumbang mahram itu terbongkar selepas mangsa melahirkan bayi lelaki di Hospital Kajang, 12 Ogos lalu.

Pada 22 Ogos lalu, polis menahan tertuduh dan bapanya yang juga pemimpin parti pembangkang bagi membantu siasatan.