Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Tiga Maut Dalam Kemalangan

28 Oct 2012, 03:03pm by Rodhiah M


Seorang nenek dan cucu perempuannya antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jitra, Kedah, lewat petang semalam.

Nahas berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang sebaik membeli-belah untuk persiapan Deepavali.

Kereta yang dipandu D. Sivaprakash, 33 tahun dalam perjalanan pulang dari membeli-belah di Padang Besar, Perlis.

Keretanya kemudian bergesel dengan sebuah kereta lain dan hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu isyarat yang menyebabkannya terbalik.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali M. Kannigah, 61, dan G. Rathika, 29 tahun.

Manakala cucu Kannigah, J. Thivyaamsheni, 13 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Jitra.

Tiga lagi mangsa, suami Rathika juga juga pemandu kenderaan dan anak perempuan mereka berusia empat tahun, cedera.

Turut cedera abang Thivyaamsheni.

Mayat dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Lampu isyarat di persimpangan itu yang tidak berfungsi sejak awal pagi semalam dikatakan punca berlaku dua kemalangan kecil sebelum berlaku kemalangan yang meragut nyawa tiga wanita ini.