- Home
- Berita TV3
- Berita Terkini
- Tiga Penjenayah Kes Samun Ditembak Mati
Empat penjenayah tidak sempat menikmati hasil samun, selepas 3 daripada mereka di tembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Parit Mahang, Kuala Selangor awal pagi tadi.
Penjenayah sebelum itu menyamun sebuah rumah di Kampung Berkat, kira kira 5 kilometer dari lokasi kejadian.
Polis menerima laporan samun kira-kira jam 3 pagi.
Setiba di lokasi, mereka terserempak dengan kenderaan dinaiki penjenayah.
Meski diarah polis untuk berhenti, suspek terus memecut.
Polis kemudian mengejar kenderaan dinaiki suspek sejauh 3 kilometer.
SAC MOHD ADNAN ABDULLAH / KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH SELANGOR
Kereta terbabit telah terbabas ditempat kejadian dan yang dimana tuan-tuan berada disini dan telah keluar 4 lelaki. Dua daripada mereka telah melepaskan tembakan. Dan kemudiannya pihak polis dalam usaha menyelamatkan diri telah berbalas tembakan. Daripada 4 lelaki tersebut 3 orang telah berjaya ditembak mati ditempat kejadian.
Seorang dari suspek dapat meloloskan diri dengan lari ke dalam hutan berhampiran.
Gerakan kini giat dijalankan bagi mengesan suspek termasuk menggunakan unit pengesan anjing K9.
2 pucuk pistol Revolver dan Smith Wesson, 3 bilah parang dan sabit ditemui dalam kenderaan suspek.
Turut ditemui, 2 buah beg, komputer riba dan sejumlah wang tunai disyaki hasil samun.
Kereta jenis Proton Wira yang dinaiki penjenayah, dilaporkan dicuri di Kota Damansara 17 Januari lalu.
Bagaimanapun polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri suspek.
Kesemua penjenayah ini dipercayai berusia 20 hingga 30 tahun.
Polis yakin dengan tertumpasnya kumpulan ini, dapat menyelesaikan 5 dari 13 kes samun bersenjata di Selangor.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
3 Perompak Ditembak Mati Ketika Merompak
Di Alor Gajah, Melaka, tiga perompak menerima...
Lebih lanjut...
2 Lelaki Mati Ditembak, 2 Lagi Cedera
Dua lelaki yang baru keluar dari pusat...
Lebih lanjut...
Kesal Niat Bongkar Kes Dera Disalah Erti
Niat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh...
Lebih lanjut...
Tiga Lagi Berjaya Ditangkap
Tiga lagi orang yang terbabit dalam rusuhan...
Lebih lanjut...