Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Trgaedi Bot Karam: Satu Mayat Ditemui

4 Jan 2011, 10:43am by


Mayat seorang nelayan dipercayai salah seorang daripada 5 mangsa bot karam di perairan Tanjung Gelang, Kuantan Khamis lalu ditemui.

Mayat berkenaan ditemui terapung kira-kira 2 batu nautika dari pantai, 10 batu nautika dari kawasan bot nelayan yang dilaporkan karam.

Pegawai pemerintah Marin Wilayah Timur, ASP Mohd Khairuddin Jamal ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan daripada tekong sebuah bot nelayan yang menemui mayat berkenaan lewat petang semalam.

Berikutan itu, sepasukan polis marin bergegas ke tempat kejadikan untuk mengambil mayat terbabit.

Pasukan marin terpaksa meredah laut bergelora dengan ombak setinggi 5 meter untuk ke tempat kejadian.

Mayat nelayan terbabit dijangka tiba di pangkalan marin Jeti Tanjung Lumpur, Kuantan, lewat hari ini.

Dalam pada itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa lain di kawasan darat diteruskan.

Operasi membabitkan anggota APMM dan TLDM sepanjang pantai dari Tanjung Gelang ke Kuala Pahang.

Gerakan mencari dihentikan petang semalam kerana cuaca gelap.

Semalam, APMM melanjutkan gerakan mencari dan menyelamat 2 hari lagi selepas 5 hari gerakan berkenaan dilancarkan gagal mengesan mangsa.

Khamis lalu, tekong warga tempatan dan 4 awak-awak warga Thailand dilaporkan hilang setelah bot mereka karam.