Ucapan Sambutan Maulidur Rasul YAB Timbalan Perdana Menteri

04/02/2012 18:10:00

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah hari ini umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul bagi memperingati hari penuh kemuliaan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita semua kasihi. Tentunya selawat dan salam ke atas Penghulu Nabi-Nabi yang diucapkan kita semua  meniupkan semangat kepada umat Islam di negara ini supaya terus menjadikan Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik contoh dan teladan.

Dalam kesempatan kita semua memperingati keperibadian dan perjuangan hebat Nabi Muhammad SAW dalam konteks kesejahteraan ummah, ingin saya mengajak umat Islam di Malaysia supaya terus mendekatkan diri dengan kekuatan nilai yang diwasiatkan oleh Rasulullah kepada kita semua.

Sesungguhnya cabaran bagi umat Islam di Malaysia amat besar dan kita tidak boleh leka atau hanyut dibawa cabaran tersebut yang akhirnya pasti akan menjadi punca keruntuhan ummah sejagat. Justeru dengan menerapkan nilai-nilai murni termasuk mengukuhkan kepimpinan serta sahsiah diri sebagaimana yang disarankan Rasulullah SAW, maka setiap cabaran yang mendatang dapat kita hadapi dengan penuh kejayaan.

Umat Islam mesti berusaha memahami ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Memperingati junjungan Baginda bukan pada hari ini sahaja dan bukannya sekali dalam setahun, sebaliknya Rasulullah mesti sebati dengan diri kita, ajarannya pula mesti lekat di hati sehingga mampu menjadi benteng dalam kita menghadapi apa saja cabaran yang mendatangi umat Islam.

Segala nilai murni serta akhlak terpuji Rasulullah SAW mesti dihayati dengan penuh tawaduk dan beristiqamah supaya perjuangan Rasulullah mengangkat kesucian agama Islam dan menyatukan ummah sentiasa dekat di dalam diri kita semua.

Dalam konteks negara kita yang merdeka segala pembangunan fizikal telah disediakan oleh kerajaan. Untuk memastikan pembangunan yang seimbang maka umat Islam mesti mempunyai kekuatan rohani seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di mana kekuatan rohani menunjangi pembangunan fizikal sehingga akhirnya terbentuklah negara Islam yang dihormati dan disegani selain kepimpinan yang sehingga kini amat dikagumi kehebatannya oleh sesiapa pun.

Sambutan Maulidur Rasul hakikatnya adalah platform untuk kita umat Islam menunjukkan kemurnian Islam itu sendiri serta membuktikan betapa umat Islam sesungguhnya memelihara dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagaimana yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Akhir kata, kepada umat Islam, marilah kita bersama-sama terus mengikuti jejak perjuangan Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Semoga ingatan kita kepada Rasulullah adalah pada setiap masa. Sanjungi kehebatan Nabi Muhammad SAW dan terapkan segala kekuatannya di dalam diri kita semua dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang disegani dan umat Islamnya sentiasa dipandang tinggi.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Berita Lain

SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
16/05/2012 19:59:00
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...

Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
16/05/2012 19:43:00
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...

Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
16/05/2012 19:25:00
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...

PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
16/05/2012 19:04:00
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...

FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
16/05/2012 18:53:00
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...

Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
16/05/2012 16:15:00
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...

Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
16/05/2012 13:29:00
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...

Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
16/05/2012 12:40:00
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...

Berita Berkaitan

Ingatan Daripada Isteri Perdana Menteri
13/05/2012 14:48:00
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan...
Lebih lanjut...

Sambutan Luar Biasa Di Semua Kaunter JPJ
30/04/2012 20:37:00
Bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW mula dibuka hari...
Lebih lanjut...

Ucapan Syabas Kepada Semua Petugas
29/04/2012 15:00:00
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengucapkan...
Lebih lanjut...

Perdana Menteri Umumkan Teng Chang Yeow Sebagai Pengerusi BN P. Pinang
22/04/2012 16:03:00
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...
Lebih lanjut...