Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

Zainal Aznam Meninggal Dunia Diserang Sakit Jantung

30 Apr 2011, 04:30pm by


Bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, ISIS, Datuk Zainal Aznam meninggal dunia akibat diserang sakit jantung, pagi tadi.

Ketua Pengarah ISIS, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin ketika dihubungi TV3 berkata, Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Malaya pada jam 10 pagi.

Terdahulu, Allahyarham dikatakan mengadu sakit dada sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital terbabit.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.