Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

113 Projek Terbengkalai Berjaya Dipulihkan

17 Dec 2012, 03:16pm by Rodhiah M


Sehingga 30 November lalu, sebanyak 178 projek perumahan yang dibangunkan pihak swasta di negara ini diletakkan di bawah status projek terbengkalai.

Daripada angka itu, 113 projek ataupun 30 peratus daripadanya, berjaya dipulihkan dan diserah kepada pembeli.

Manakala 55 projek dalam peringkat pemulihan, dan 10 projek lagi masih di peringkat perancangan awal pemulihan.

BAHARUDIN ABU BAKAR/ AHLI DEWAN NEGARA
"Ingin tahu berkenaan konsep pemulihan, pemulihan dilakukan swasta atau kerajaan. Kedua konsep diperkenalkan dulu, bina dahulu baru beli status ingin tahu konsep tersebut".

DATUK CHOR CHEE HEUNG/ MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
"Bila kerajaan masuk bila isytiharkan projek terbengkalai kerajaan akan lalui satu proses tender terbuka dan buka kepada semua kontraktor penyelamat yang minat yang diberikan dalam senarai kementerian dan selepas tender dibuka dah diterima kita lihat bagaimana kita dapat pulihkan. Konsep bina kemudian jual pada tarikh dasar kerajaan ianya bakal bermula 2015 sebab kita tak dapat secara tergesa-gesa supaya konsep bina kemudian jual diperkenalkan di negara ini sebab kita dah lama ada kaedah lain".

Tambahnya, melalui konsep bina dahulu, baru jual, ia tidak akan membebankan rakyat dengan pembiayaan kewangan, sekiranya rumah yang dibeli terbengkalai.

Kerajaan juga akan sentiasa berunding dengan pemaju dan agensi perbankan bagi mendapatkan keistimewaan kepada pemaju yang ingin melaksanakan konsep baru itu.