- Home
- Berita TV3
- Laporan Khas
- Menabur Bakti Di Bumi Somalia
Negara dikejutkan dengan kematian petugas media, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor September lalu - ketika sedang menjalankan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia.
Insiden itu sedikit sebanyak, menimbulkan rasa gusar kepada misi seterusnya dalam membantu penduduk wilayah bergolak itu.
Bukan ingin jadi wira di negara asing, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia, Mercy tampil dengan
Inisiatif tersendiri bagi mengurangkan beban yang dihadapi mereka.
Wartawan Najib Mohd Idris dan Jurukamera Farizan Jalal yang mengikuti misi itu ada laporannya.
Kumpulan pertama Mercy tiba di Mogadishu 25 Ogos tahun lalu, bagi mengenal pasti situasi terkini ibu negara Somalia itu.
Dalam laporan terbaru oleh pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi koordinasi bantuan kemanusiaan sehingga kini terdapat 1.35 juta pelarian di kem penempatan dalaman di bekas tanah jajahan itali ini.
Di Mogadishu sahaja, terdapat 370 ribu pelarian di 200 kem.
S. KATHIRAVAN / KUASA USAHA SEMENTARA SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI KENYA
Mercy ambil tindakan susulan dan pantauan yg terperinci dan beri maklumat kpd suruhanjaya utk pastikan kita dlm situasi utk memahami dan selalu memberi nasihat kpd ngo malah utk rakyat msia yg ingin ke mogadishu
Terbaru dilaporkan, insiden letupan bom di kem di daerah Hodan mengorbankan 4 pelarian dan dua anggota polis.
Situasi itu tidak terhad kepada satu kem, malah membabitkan ratusan yang lain - menyebabkan berlaku migrasi dalam kelompok hampir setiap hari.
Kem Saydika di Mogadishu, antara yang sempat saya kunjungi - menempatkan kira-kira 1000 keluarga yang hadir dari pelbagai pelusuk Somalia.
Kawasan ini asalnya pernah dikawal kumpulan pemisah al-shabaab sejak 2008 sebelum berundur pada Ogos tahun lalu.
SUPER: NORAZAM ABU SAMAH / NAIB PRESIDEN MERCY
Bg mercy msia perancangan bg melaksanakan kerja2 bantuan kemanusiaan agak berbeza kalau nak dibandingkan dgn tpt lain.
Terutama bg faktor keselamatan ini harus dilihat dgn lebih detail supaya setiap usaha yg nak dilakukan dpt dilaksanakan dgn baik
Esok, saksikan wajah hospital tertua di Mogadishu.
Hanya berbekalkan 8 pakar perubatan untuk merawat 200 pesakit setiap hari.
Najib Mohd Idris dan Jurukamera Farizan Jalal, Mogadishu TV3.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
PPKPR di 56 DUN Selangor
Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR akan menempatkan Pasukan...
Lebih lanjut...
Hasil 15 Serbuan di Lembah Klang dan P. Pinang
Pil khayal Eramin 5 bernilai 43 juta...
Lebih lanjut...
Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas Disifatkan Paling Selamat
Kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng,...
Lebih lanjut...