Laporan Khas < Kembali ke Laporan Khas

Percutian Mewah Di Atas Starcruise

17 Sep 2011, 09:00pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Ini percutian yang mungkin mahu dicuba anda yang inginkan kelainan - belayar ke pulau tropika dengan kapal persiaran mewah Starcruise, Superstar Libra - ikuti pengalaman Sri Sharinnie Rizal.

Pelayaran empat hari tiga malam kapal persiaran mewah ini bermula di Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang menuju Phuket dan Krabi di selatan Thailand.

Kapal sepanjang 216.3 meter ini mampu memuatkan 1,472 penumpang.

Ia menawarkan empat jenis bilik daripada sederhana hingga yang mewah serta restoran lima bintang, menyediakan pelbagai juadah.

SAIFOL ISKANDAR IKHSAN/CHEF
"Halal semua halal termasuk ayam, lembu, kambing semua halal. Tukang masak dia semua macam contoh saya sendiri orang muslim, kami adalah muslim. Ini tiada masalah."

SRI SHARINNIE RIZAL/srisharinnie@tv3.com.my
"Percutian dengan kapal persiaran mewah Starcruise pasti menjanjikan satu pengalaman yang cukup berbeza dan cukup indah untuk dirakamkan dan dipahatkan dalam memori kita dan di sini juga disepanjang pelayaran kita disediakan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang cukup mengembirakan."

Sepanjang pelayaran, pelbagai kemudahan serta aktiviti disediakan.

Antaranya, kemudahan gymnasium dan aktiviti senaman pagi.

Di malam hari, pertunjukkan tarian, nyanyian, dan silap mata menanti pengunjung.

Bagi yang gemar membeli belah, tersedia butik jam tangan mewah, minyak wangi dan pelbagai barangan lain.

Pengunjung juga boleh memanjakan diri di salon kecantikan dan spa.

NURUL HUSNA MAT RUS/PENUMPANG
"Ni yang paling best dan memang tak pernah tahu pasal cruise yang ada kat Malaysia. Bila dah rasa sendiri pengalaman ni baru kita dapat sebelum ni macam tengok movie film."