Laporan Khas < Kembali ke Laporan Khas

"YB Burger" (Part 1)

28 Apr 2012, 09:00pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Burger bukan lagi hidangan asing di negara ini.

Tidak sukar mendapatkannya, samada di restoran makanan segera mahupun gerai tepi jalan.

Bagi mencipta kelainan, pengusaha tampil dengan pelbagai kreativiti bagi menarik perhatian pelanggan.

Ikuti kisah burger saiz mega.

Abu Yazid Abdul Kadir, 32 tahun tauke "Yang Besar" atau "YB Burger".

Semuanya bermula dengan bisnes secara kecil-kecilan ketika masih menuntut di UiTM.

Minat itu kini dikembangkan di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam.

Mahukan kelainan, Yazid memperkenalkan burger bersaiz mega.

ABU YAZID ABD KADIR/PENGASAS YB BURGER
"Dalam masa sama kita orang bertanya tentang apa keinginan dia orang untuk makan burger. Kalau burger yang boleh jual kat Vietnam, dia orang jawab saya nak burger besar. Dari situ timbul, ada nampak potensi untuk create satu peluang lagi di Malaysia ni untuk come out with burger besar."

Bagi memastikan kualiti dan kesegaran, daging dan roti burger dihasilkan menggunakan resepi sendiri, setiap hari.

Terdapat tiga pilihan berat daging burger - 250 gram, 500 gram dan satu kilogram.

NAJIB MOHD IDRIS/najib@tv3.com.my
"Langkah seterusnya yang amat penting bagi penghasilan burger ini ialah dagingnya. Pertama, ia akan dihancurkan menggunakan mesin ini, dan berikut ia akan digaul bersama perisa yang dikehendaki pelanggan antaranya seperti blackpepper, barbecue ataupun sos cendawan."

ABU YAZID ABD KADIR/PENGASAS YB BURGER
"Nampak customer makin lama makin datang, makin datang dan sampai la sekarang ni, daripada berapa kita start produce dari lima ke 10 kilo daging dalam tempoh sekarang ni kita boleh produce daripada 40 ke 50 kilo sehari untuk  daging saja."

Tidak lengkap burger tanpa rotinya.

Dihasilkan 100 peratus mengikut kehendak pelanggan.

Boleh pilih - wholemeal, origano, bawang putih dan honey oat.

Sosnya juga dibuat sendiri dengan variasi lada hitam dan cendawan.