Luar Negara < Kembali ke Channels

8 Kanak-Kanak Palestin Maut Kemalangan

17 Feb 2012, 10:00am by NURUL AZURA ABDUL RAHMAN


Sekurang-kurangnya 8 kanak-kanak Palestin dari Timur Baitulmaqdis maut, apabila bas sekolah yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak dari arah bertentangan di Tebing Barat.

Bas sekolah ini terbalik lalu terbakar.

Semua mangsa berusia dalam lingkungan 10 dan 16 tahun maut manakala 30 lagi yang lain cedera.

Setakat ini tiada unsur jenayah dilaporkan.

Presiden Palestin Mahmud Abbas mengisytiharkan 3 hari berkabung atas peristiwa itu dan mengarahkan bendera dikibar separuh tiang.

Ketika kejadian, bas ini dalam perjalanan dari anata menuju ke Ramallah untuk lawatan.