Luar Negara < Kembali ke Luar Negara

Keretapi Tahan Cuaca Sejuk Melampau Dilancarkan 21 April

12 Apr 2013, 10:05am by sarah farhana


Kereta api laju tahan cuaca sejuk melampau yang pertama di dunia bakal dilancarkan pada 21 April ini di China.

Ia mampu mencecah kelajuan sehingga 300 kilometer sejam .

Laluan membabitkan rel sepanjang 921 kilometer menghubungkan antara Harbin di wilayah Heilongjiang dengan dalian di wilayah Liaoning.

Sebaik dilancarkan kelak, masa perjalanan akan dikurangkan kepada tiga jam setengah berbanding sekarang, lima jam 18 minit.

Berdasarkan ujian terakhir yang dilakukan penghujung bulan lalu, perkhidmatan kereta api ini mampu menampung purata 78 ribu penumpang sehari.

Tambang yang akan dikenakan adalah antara 65 hingga 123 dolar Amerika.