Luar Negara < Kembali ke Luar Negara

Pemberontak Lepaskan Tembakan Ke Arah Penduduk

16 May 2013, 08:36pm by Rodhiah M


Kira-kira 10 anggota pemberontak Syria ditembak mati dalam pertempuran lebih sejam, di Yarmouk.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya lima orang awam cedera.

Pertempuran bermula selepas pemberontak melepaskan tembakan ke arah penempatan penduduk pro Presiden Bashar al-Assad.

Keadaan kelam-kabut dan panik berjaya dirakamkan oleh krew Sky News yang sebelum itu bersama-sama pelarian yang cuba kembali ke kediaman mereka.

Kebanyakan penduduk melarikan diri dari Yarmouk selepas ia ditawan oleh pemberontak, lapan bulan lalu.

Ketika cuba kembali ke kediaman, penduduk diiringi tentera kerajaan.

Sky News melaporkan, kumpulan penduduk terdiri daripada seribu orang, kebanyakan rakyat Syria yang berasal dari Palestin.

Ketika berlaku tembak-menembak, mereka bertempiaran menyelamatkan diri ke sebuah masjid.

Penduduk kemudian diberi amaran meninggalkan masjid, bimbang serangan mortar.

Sky News juga melaporkan, tiga orang askar cedera.