18 Pemain Didapati Bersalah Rasuah Digantung FAM

04/02/2012 20:55:00

Persatuan Bolasepak Malaysia, F-A-M akan terus memikirkan cara terbaik menangani hal salah laku pemain dan pegawai membabitkan aktiviti rasuah.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Exco FAM siang tadi, diumumkan hukuman gantung ke atas 18 pemain Piala Presiden dan Liga Perdana serta jurulatih yang terlibat dengan kegiatan penjualan permainan tahun lalu. 

18 pemain Piala Presiden dan Liga Perdana yang terlibat dalam penjualan permainan tahun lalu akan berdepan hukuman gantung di antara 2 hingga 5 tahun.

Antaranya, 12 pemain Piala Presiden dari pasukan Negeri Sembilan dan T-Team yang didapati bersalah pada kempen musim lalu.

Manakala jurulatihnya akan digantung seumur hidup.

TENGKU ABDULLAH SULTAN AHMAD SHAH/ TIMBALAN PRESIDEN FAM.
Ini membuktikan sedikit sebanyak keseriusnes pihak FAM berkaitan dengan perilaku beberapa pemain dan pegawai dan ini saya harap dapat jadikan pengajaran pada semua pemain dan pegawai yang mana melibatkan diri dalam kejohanan kelolaan FAM.
 
Bagaimanapun senarai lengkap nama pemain yang dikenakan hukuman akan diumumkan minggu depan.

Perkara lain yang turut dibincangkan, tindakan serta-merta yang lebih tegas akan dikenakan kepada mana-mana pasukan jika lewat membayar gaji pemain.

DATUK HAMIDIN MOHD AMIN/ PENGERUSI J/KUASA PERTANDINGAN TEMPATAN FAM.
Ini yang baru kita impose dalam exco tadi andai kata bulan 1 dia tak bayar pertama amaran bulan kedua adalah final dan bulan ketiga gantung. Dia gantung, gantung pasukan tersebut sehingga dia bayar kalau tak dia terus terkeluar dalam liga itu.

Berita Lain

SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
16/05/2012 19:59:00
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...

Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
16/05/2012 19:43:00
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...

Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
16/05/2012 19:25:00
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...

PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
16/05/2012 19:04:00
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...

FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
16/05/2012 18:53:00
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...

Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
16/05/2012 16:15:00
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...

Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
16/05/2012 13:29:00
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...

Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
16/05/2012 12:40:00
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...

Berita Berkaitan

Dagangan Saham MAS Dan AirAsia Digantung
02/05/2012 10:59:00
Dagangan saham Penerbangan Malaysia, MAS dan syarikat penerbangan...
Lebih lanjut...

Doktor Didapati Bersalah Lakukan Serangan Seksual
24/03/2012 15:44:00
Seorang doktor berasal dari Malaysia didapati bersalah bagi...
Lebih lanjut...

PERHILITAN Perak Rampas 18 Tenggiling
22/03/2012 11:20:00
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, PERHILITAN...
Lebih lanjut...

Sultan Sentuh Isu Rasuah Babitkan Pasir Di Selangor
19/03/2012 20:29:00
Mesyuarat pertama penggal kelima, Sidang Dewan Undangan Negeri...
Lebih lanjut...