Kelantan Dibelasah Skuad Kebangsaan

02/02/2012 13:00:00

Bolasepak perlawanan persahabatan Malaysia menentang pendahulu Liga Super, Kelantan.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal tampil cemerlang mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas "Red Warriors", semalam.

Kelantan yang menyenaraikan 3 pemain import, Mohammad Ghaddar, Dennis Antwi dan Emmanuel Okine nyata gagal menyekat aksi pantas skuad kebangsaan.

Agak kental pada awal permainan, gawang Red Warrior akhirnya bolos selepas lorongan Kapten Malaysia, Safiq Rahim berjaya disudahkan Asraruddin Putra Omar pada minit ke 35.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal makin selesa apabila shahurain abu samah menyumbat gol kedua selepas menerima hantaran Abdul Manaf Mamat selang 7 minit.

Ketinggalan 2-0, Kelantan tambah tertekan.

Gol ketiga Malaysia menyusul pada minit ke 65, hantaran lintang Bunyamin Umar berjaya disambut S. Kunalan untuk kedudukan 3-0.

Minit ke 78, giliran Abdul Hadi Yahya tampil selaku penjaring selepas hantaran Norshahrul Idlan talaha gagal disekat pertahanan Kelantan.

Dan Mohd Izuan Salahudin melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 Malaysia ke atas Kelantan ketika permainan memasuki masa kecederaan.

Berita Lain

SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
16/05/2012 19:59:00
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...

Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
16/05/2012 19:43:00
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...

Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
16/05/2012 19:25:00
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...

PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
16/05/2012 19:04:00
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...

FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
16/05/2012 18:53:00
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...

Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
16/05/2012 16:15:00
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...

Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
16/05/2012 13:29:00
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...

Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
16/05/2012 12:40:00
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...

Berita Berkaitan

Konvoi Kembara Jalinan Kasih Di Kelantan
30/04/2012 18:52:00
Konvoi Kembara Jalinan Kasih, KJK, anjuran Jabatan Penerangan...
Lebih lanjut...

Manifesto Khas Untuk Kelantan
24/04/2012 21:00:00
Barisan Nasional akan menyediakan manifesto khas pilihan raya...
Lebih lanjut...

Kerajaan Komited Bantu Sekolah Jenis Kebangsaan
04/04/2012 20:44:00
Sekolah Jenis Kebangsaan tidak pernah diasingkan daripada...
Lebih lanjut...

PERKASA Buat Aduan Polis, SPRM Isu Tanah Rizab Kelantan
20/03/2012 20:51:00
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, cawangan Kelantan membuat...
Lebih lanjut...