Skuad Piala Thomas Negara Mara Ke Pusingan Akhir, Skuad Piala Uber Tersungkur
17 Feb 2012, 08:00am by NURUL AZURA ABDUL RAHMAN
Skuad Piala Thomas negara berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Piala Thomas setelah menundukkan India 3-0 di suku akhir kelayakan Piala Thomas Zon Asia di Macau.
3 mata berharga negara disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta perseorangan kedua, Mohd Hafiz Hashim.
Namun, hajat skuad Piala Uber negara untuk meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya tidak kesampaian, tumpas mudah 0-3 kepada Thailand dalam saingan suku akhir.
Pusingan akhir Piala Thomas dan Uber akan berlangsung di Wuhan, China, dari 20 hingga 27 Mei ini.
