Upacara Perasmian Sukan SEA Ke-26 Meriah

12/11/2011 13:00:00

Meskipun hujan lebat, upacara perasmian kejohanan Sukan SEA ke-26 di Palembang, Indonesia tetap berlangsung dengan penuh warna-warni.

Perasmian temasya sukan dwi tahunan rantau Asia Tenggara itu disaksikan ribuan penonton yang dihiburkan dengan pertunjukan laser serta bunga api yang memenuhi Kompleks Sukan Jakabaring.

Pelbagai kontroversi, terutama isu venue lambat disiapkan serta jadual pertandingan yang berubah-ubah segera dilupakan sebaik temasya Sukan SEA berlangsung dengan rasmi malam tadi.

Upacara perasmian dilakukan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta rakan sejawatan dari Indonesia, Andi Malla-Rangeng, antara kenamaan yang hadir.

Penonton dipersembahkan dengan pelbagai tarian tradisi dan moden Indonesia.

Paling mencuri perhatian, kemunculan tiga artis terkenal Asia Tenggara, Jaclyn Victor, Agnes Monica serta KC Concepcion, mempersembahkan lagu rasmi Sukan SEA Indonesia, 'Together We'll Shine'.

Perarakan masuk kontinjen negara diketuai Chef-De-Mission, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali.

Manakala, penembak kebangsaan, Bibiana Ng diberi tugas membawa jalur gemilang.

Malaysia menghantar 872 atlet dan pegawai, menyertai 38 daripada 43 acara dipertandingkan.

Temasya berlangsung selama 11 hari.

Berita Lain

SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
16/05/2012 19:59:00
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...

Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
16/05/2012 19:43:00
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...

Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
16/05/2012 19:25:00
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...

PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
16/05/2012 19:04:00
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...

FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
16/05/2012 18:53:00
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...

Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
16/05/2012 16:15:00
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...

Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
16/05/2012 13:29:00
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...

Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
16/05/2012 12:40:00
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...

Berita Berkaitan

Satria Pemenang Ke-5 Pertandingan `My PROTON Car Makeover'
16/05/2012 11:25:00
Baru-baru ini, PROTON telah mengumumkan pemenang kelima pertandingan...
Lebih lanjut...

Tian Chua Dihadapkan Ke Mahkamah
15/05/2012 21:00:00
Anggota Parlimen Batu, Tian Chua hari ini mengaku...
Lebih lanjut...

2 Perancang Utama Larikan Diri ke Luar Negara
09/05/2012 18:19:00
Dua perancang utama yang terlibat dalam penculikan...
Lebih lanjut...

Misi Bantuan NSTP-Media Prima Berlepas Ke Bangkok
28/04/2012 14:17:00
Konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Bencana NSTP-Media Prima...
Lebih lanjut...