- Home
- Berita TV3
- Tajuk Utama
- 40 Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang
Lebih 40 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama.
Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.
Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.
AZIZAH KHATIB MAT/PENGASAS MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL-ISLAM
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia."
43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.
Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi.
Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.
Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
PPKPR di 56 DUN Selangor
Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR akan menempatkan Pasukan...
Lebih lanjut...
Hasil 15 Serbuan di Lembah Klang dan P. Pinang
Pil khayal Eramin 5 bernilai 43 juta...
Lebih lanjut...
Sambutan Luar Biasa Di Semua Kaunter JPJ
Bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW mula dibuka hari...
Lebih lanjut...