Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

5 Maut Selepas Sambut Ambang Hari Malaysia

16 Sep 2012, 09:00pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED


Lima maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Sepanggar dekat Kota Kinabalu awal pagi tadi.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menyambut ambang Hari Malaysia di Tuaran.

Mangsa yang maut adalah Saiman Jamin, Ramsin Taminsin, Siti Runi Tarawi, Asan Hassan Jimi dan Taripan Tamin.

Mereka berusia antara 51 dan 59 tahun termasuk dua pasangan suami isteri.

Kesemuanya dipercayai berasal dari Beaufort.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata kelima-lima mangsa menaiki kereta jenis Toyota Invander sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Kia Sorento yang dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Sebuah Toyota Hilux yang berada di belakang Toyota Invader tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta yang telahpun remuk akibat kemalangan itu.

Semua mangsa mati di tempat kejadian manakala tiga lagi mangsa cedera parah.