Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

80,000 Pesara Tentera Terima RM 1,000 Jumaat

9 Jan 2013, 09:00pm by Rodhiah M


80 ribu pesara tentera yang tidak mendapat pencen akan dibayar insentif secara one-off, berjumlah seribu ringgit bermula Jumaat ini.

Bayaran itu akan diagihkan secara berperingkat kepada bekas anggota yang memohon.  

DATUK DR ABD LATIFF AHMAD / TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
"Walau bagaimanapun di peringkat Jabatan Hal Ehwal Veteran kita hanya menerima lebih kurang 30% daripada sepatutnya yang kita anggarkan. Walhal perkara inilah antara perkara yang diminta oleh veteran yang tak
berpencen".

Menurut beliau, bayaran insentif itu adalah pengumuman Perdana Menteri sebagai menghargai jasa dan sumbangan pesara tentera sewaktu membentangkan Bajet 2013 September tahun lalu.

Dianggarkan setiap tahun - antara 3,000 hingga 5,000 anggota tentera akan menamatkan tempoh perkhidmatan.

www.jhev.gov.my

Sehubungan itu, beliau berkata bagi anggota pesara tentera yang belum memohon - diminta mengisi borang permohonan bagi melayakkan mereka menerima insentif terbabit.