Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

ABC: Rela Berkorban Pertahankan Kedaulatan Negara

26 May 2013, 09:00pm by Rodhiah Abu Yazid


Rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan dan kedamaian negara.

Itu ikrar sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka ABC.

Bagi mereka sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu, India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak, kerana kesetian golongan terbabitlah yang telah memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

MOHD FITRI ZAINUDDIN / JURUCAKAP ABC
"Kami juga ingin memberi amaran kepada pihak tertentu yang cuba gugat kedamaian Malaysia ini, kami sanggup mati demi Malaysia, hari ini juga kami membawa pelbagai sepanduk untuk direnung bersama apa yang tersirat dalam hati kami. Biarlah rakyat Malaysia yang tafsir sendiri di samping sticker ABC".

Siang tadi, lebih 200 ahli NGO, Suara Anak Malaysia Selangor, berhimpun di hadapan Masjid Jamek Kuala Lumpur bagi menyatakan harapan dan pandangan mereka terhadap senario politik semasa di negara ini. 

Mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keamanan negara dengan menganjurkan pelbagai demonstrasi.