- Home
- Berita TV3
- Tajuk Utama
- Bantuan Asing Kurangkan Derita Rakyat Somalia
Pernah merekodkan 30 ribu kematian kanak-kanak akibat kebuluran pada 2010.
Laporan terbaru oleh pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bagi koordinasi bantuan kemanusiaan, ancaman kebuluran di Somalia masih belum menemui titik nokhtahnya.
Bagaimanapun, bantuan asing mengurangkan beban yang ditanggung.
Wartawan Najib Mohd Idris dan jurukamera Farizan Jalal ada butirannya.
Kemarau berpanjangan, menambah derita penduduk.
Situasi itu menyebabkan kira-kira 370 ribu rakyat Somalia menjadi pelarian.
Wanita ini, berpindah dari kem penempatan sementara di Karan ke Mogadishu bersama 9 orang anaknya berusia antara 9 hingga 20 tahun.
Tambah sengsara, suaminya diseksa puak pemisah Al-Shabaab kerana berkhidmat dengan kerajaan.
Aisyah Yusof Ahmad: "Pertolongan rakyat Malaysia. Suami saya tidak bekerja kerana sakit, anak-anak pun masih kecil. Saya berharap anda di luar sana mampu menolong kami."
Aisyah antara ribuan penerima bantuan makanan inisiatif NGO tempatan dan Mercy.
Sumbangan makanan ini pula, hasil derma orang ramai melalui Yayasan Perdana Keamanan Global, PGPF sebanyak lebih 85 ribu dolar Amerika.
Setiap keluarga disalurkan 25 kilogram beras, gula,tepung, minyak masak dan susu tepung.
Najib Mohd Idris / najib@tv3.com.my: "Sumbangan kali ini merupakan peningkatan sekali ganda berbanding bantuan pada Ogos tahun lalu. Bekalan makanan ini dijangka mampu bertahan selama sebulan bagi setiap keluarga yang menerimanya."
Pada masa yang sama, generasi masa hadapan tidak diabaikan.
Di kawasan Medina, daerah Wadajir, disediakan pusat makanan tambahan bagi kanak-kanak yang kekurangan zat.
Omar Mayow, Pegawai Operasi Muslim Aid: "Program ini bermula pada Oktober 2011. Ia telah berlangsung selama 3 bulan. Makanan yang diberi ialah dua kali sehari. Pagi pada jam 8 hingga 10, dan petang pada jam 2 hingga 4."
Sehari, kira-kira 250 kilogram campuran paket gizi seimbang diberikan kepada hampir 300 kanak-kanak berusia antara 5 bulan ke 6 tahun yang berdaftar.
Turut disediakan ialah 'child friendly space' yang memberikan pendidikan asas secara percuma kepada kanak-kanak.
Najib Mohd Idris dan jurukamera Farizan Jalal, Mogadishu TV3.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
Majoriti Rakyat Malaysia Mahukan Keamanan
Kumpulan minoriti tidak patut mengenakan pandangan mereka ke...
Lebih lanjut...
Dekati Rakyat Menerusi Mekanisme Kreatif
Barisan Nasional perlu menggunakan kaedah kreatif dan...
Lebih lanjut...
Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Awal Kanak-kanak Untuk Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dianugerahkan Ijazah...
Lebih lanjut...
Rapatkan Hubungan Dengan Rakyat
Sementara itu, Datuk Seri Mohd Najib mahu Program...
Lebih lanjut...