Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

IPU Catat Tahap Tidak Sihat

11 May 2011, 08:15pm by


Sudah ada tanda ruang udara negara kembali dilanda jerebu .

Sehingga 5 petang tadi, satu kawasan di Tanjung Malim, Perak sudah mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat melebihi 100 IPU.

Punca jerebu, menurut Jabatan Alam Sekitar kebakaran di negara jiran.

DATUK ROSNANI IBARAHIM/ KETUA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR
"Dua tiga hari ni, keadaan cuaca kita panas dan kering, jadi di kawasan lembah klang dan sekitarnya kita dapati bahawa daripada data2 yang kita kumpul tentang kualiti udara kita nampaknya ada sedikit berjerebu. Puncanya adalah oleh kebakaran yang berlaku di negara jira. Jadi kita berharapkan supaya kita ambil langkah berjaga-jaga supaya mengelakkan drpd melakukan kebakaran kerana ianya mungkin akan menambahkan lagi masalah kemerosotan kualiti udara yang berlaku sekarang."

Selain Tanjung Malim satu lagi kawasan yang hampir mencatat IPU tidak sihat Pelabuhan Klang.

Daripada 52 kawasan dicatatkan, 27 kawasan atau 54 peratus mencatat IPU sederhana.

22 lagi kawasan atau 44 peratus - IPU baik dan satu tidak sihat.

Cuaca panas dan berjerebu boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

DR MUHAMED YUSOFF/ DOKTOR KLINIK KUMPULAN RAKAN MEDIC
"Kita mendapat kes-kes kebelakangan ini, pesakit mendapat sakit tekak, batuk, kanak-kanak demam, selesema, ada yang sakit mata, ada yang mengalami masalah pendengaran."

Orang ramai dinasihatkan minum air dalam kuantiti yang banyak, selain menghadkan aktiviti luaran.

Dan pakai "penutup hidung dan mulut" jika perlu.