Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Sharizam Rangkul Tempat Pertama GP Joran Berita Harian

14 Apr 2013, 08:43pm by mahirah shah


Untuk dua tahun berturut-turut, Sharizam Abdul Hamid berjaya merangkul tempat pertama dalam karnival pusingan kedua GP Joran Berita Harian dan TV3.

Tahun ini di Lumut Perak, kaki pancing itu berjaya menangkap tenggiri seberat 6.86 kilogram bagi kategori laut dalam.

Sharizam menerima hadiah wang tunai RM 25,000.

Manakala tempat kedua bagi kategori laut dalam, dimenangi Mohd Zainuddin Mohd Ramli yang berjaya menangkap jenahak seberat 4.86 kilogram dan membawa pulang RM 10,000.

Seramai 400 peserta mengambil bahagian bagi kategori laut dalam.

600 peserta lagi menyertai acara pantai yang diadakan di Teluk Senangin, Lumut.

Tempat pertama bagi acara itu dimenangi Anuar Zainuddin yang membawa pulang RM 20,000 selepas menangkap sembilang seberat 595 gram.

Hadiah disampaikan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad
A. Talib dan yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Datuk Zamri Man.