Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Kabinet Setuju Pelajar Malaysia Di Mesir Sambung Pengajian Di Malaysia

18 Sep 2013, 09:00pm by Sarah Farhana


Kabinet hari ini bersetuju membenarkan pelajar Malaysia dari universiti Mesir menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan.

Menerusi kementerian pendidikan, keputusan itu bagi memberi alternatif kepada pelajar yang enggan pulang menyambung pengajian di bumi bergolak itu untuk meneruskan pengajian di negara ini.