- Home
- Berita TV3
- Tajuk Utama
- Kegiatan Bawa Masuk Bakau Curi Menjadi-Jadi
Sindiket membawa masuk kayu bakau curi dari Indonesia ke negara ini, semakin menjadi-jadi.
Terbaru, 9 bot kayu bakau dari negara jiran itu ditahan Jabatan Hutan Selangor dan agensi penguatkuasa Maritim Malaysia, di jeti haram Pelabuhan Klang, malam semalam.
Ikuti laporan Azmah Dahari.
Ketika ini Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB, hanya membenarkan kayu bakau import diturunkan di Pelabuhan Klang bagi Selangor.
Namun melalui risikan, wujud banyak jeti haram menerima kayu bakau dari Indonesia.
Bahagian penguatkuasaan Jabatan Hutan Selangor dan APMM mendapati kegiatan itu begitu rancak dilakukan kebelakangan ini.
Malah ketika serbuan, masih ada bot yang memasuki jeti haram.
Jeti haram ini pernah diserbu penguatkuasa, disaman dan sita serta tindakan ke mahkamah.
Namun jumlah saman dan kerugian jutaan ringgit bukan penghalang kerana jumlah keuntungan industri bakau berlipat kali ganda.
Dari mata kasar industri bakau kotor, berbau busuk dan berdepan dengan pelbagai bahaya.
Namun keuntungan mencecah ratusan juta ringgit menyebabkan pelbagai taktik digunakan.
Tambahan pula permintaan industri bakau sentiasa meningkat di pasaran.
Komander Wan Burhanuddin Jusoh, Penolong Pengarah Penguatkuasaan APMM: "Trend dia sekarang mereka guna AP yg sedia ada dan setelah habis mereka terus bawa masuk juga tanpa guna AP."
Daripada 9 bot yang dirampas, 10 ribu kayu bakau turut disita.
Ini menjadikan nilai kayu bakau disita sepanjang januari 2012 sahaja 650 ribu ringgit.
Mohd Yussainy Md Yusop, Penolong Pengarah Jabatan Hutan Selangor: "Kita tak mahu bersubahat dengan sebarang kemasukan kayu bakau dari negara lain yang tidak sah kita dalam proses buat siasatan dengan kejadian kecurian kayu bakau serius dalam negara kita."
Serbuan bersepadu ini turut menahan 34 warga Indonesia yang menjadi awak-awak dan tekong bot kayu bakau.
Azmah Dahari, TV3.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
Nabil Menjadi Sebutan
Musim baru 2012 perlumbaan JK Racing Asia Series...
Lebih lanjut...
Surau Jadi Tempat Persembunyian PATI
Kononnya surau ialah tempat persembunyian yang selamat daripada...
Lebih lanjut...
Kejayaan Zulfahmi Bawa Harapan Baru
Pelumba kebangsaan Zulfahmi Khairuddin hampir menduduki podium di...
Lebih lanjut...
Lokasi Sesuai Jadi Taman Perindustrian Sekutu Malaysia - China
Kuantan dikenal pasti sebagai lokasi sesuai dijadikan taman...
Lebih lanjut...