Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Disebabkan Nahas

26 Sep 2011, 08:34pm by SHELIZAN DOLLAH


Kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur bunuh diri atau kaitan dengan pembunuhan juga tiada pembabitan pihak ketiga.

Sebaliknya kematian Allahyraham adalah disebabkan nahas.

Koroner, Aizatul Akmal Maharani dalam penghakimannya berkata pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Ahmad Sarbaini.

Kecederaan itu lebih membuktikan Ahmad Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di gelanggang badminton di aras satu, bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, enam April lalu.

Allahyarham pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Perbicaraan inkues berlangsung selama satu bulan.

Sepanjang perbicaraan, mahkamah merekodkan keterangan daripada 34 saksi termasuk beberapa pegawai SPRM Wilayah Persekutuan, dua pakar patologi, beberapa pegawai forensik, pegawai kastam dan juga isteri Allahyarham, Masiah Manap.

SPRM diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala peguam Awtar Singh mewakili keluarga Allahyarham.