Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Kementerian Pelajaran Adakan Siri Dialog Kebangsaan Bermula April

15 Mar 2012, 08:00pm by NURUL AZURA ABDUL RAHMAN


Kementerian Pelajaran akan mengadakan siri dialog kebangsaan bermula April ini bagi mendapatkan input untuk penyediaan satu pelan pembangunan pendidikan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan itu kemudiannya akan digunakan untuk menggubal satu perancangan strategik mengenai hala tuju sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, Tan Sri Muhyiddin berkata, kali terakhir dasar pendidikan negara diperhalusi ialah pada tahun 1979.

Tahun lalu, kerajaan berpendapat ia perlu di kemaskini semula untuk membentuk sistem penilaian pendidikan yang komprehensif dan holistik.

Pakar dalam pendidikan termasuk dari institusi pengajian tinggi dalam negara telah dikenalpasti.

Dan kementerian juga melantik 4 pakar luar negara dengan turut melibatkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNESCO.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri: "Hasil dialog tersebut akan di nilai dan di teliti untuk di jadikan input penting dalam penyediaan pelan pembangunan pendidikan yakni blueprint dan perancangan strategik, yakni roadmap kpm. Kita menjangkakan laporan awal preliminary blueprint akan dapat di hasilkan pada september 2012 dan Insyaallah laporan akhir akan dikeluarkan pada Disember 2012."

9 bidang dikenalpasti untuk pembangunan baru itu termasuk guru, pemimpin sekolah, kualiti sekolah, kurikulum dan pentaksiran.

Penguasaan pelbagai bahasa, peluang pendidikan lepas menengah, ibubapa dan komuniti, kecekapan dan keberkesanan sumber serta sistem penyampaian pendidikan.

Tan Sri Muhyiddin berkata skop dan prinsip penilaian semula sistem pendidikan negara itu termasuk perbandingan sekolah awam dan prestasi sekolah swasta.

Selain sekolah kebangsaan ia juga membabitkan sekolah jenis kebangsaan, agama orang asli, pendidikan khas dan vokasional.