Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Menara Komunikasi Runtuh Di George Town Lewat Petang Tadi

13 Jun 2013, 09:31pm by mahirah shah


Seorang pemandu lori, cedera parah, apabila sebuah Menara Transmisi Komunikasi runtuh di George Town, Pulau Pinang, lewat petang tadi.

Kejadian berlaku jam 6.50 petang tadi ketika hujan lebat dan ribut.

Menara yang terletak di atas bangunan Umno Pulau Pinang setinggi sebelas tingkat di Jalan Mcallister ini tumbang ke jalan raya dan menimpa tujuh buah kereta dan sebuah lori kecil.

Kelindan lori terbabit cedera di badan akibat hentakan sisa runtuhan menara berkenaan.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikejarkan ke hospital dengan bantuan orang ramai.

Manakala kenderaan lain cuma mengalami kerosakan kerana tiada pemandu atau penumpang di dalamnya ketika kejadian.

Kejadian turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.