Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Misi Kemanusiaan Jepun: Kos Pengangkutan Jadi Halangan

28 Mar 2011, 08:05pm by


Hari kedua misi kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia ke Jepun sudah ada cabaran yang dihadapi.

Yang dimaksudkan kos pengangkutan untuk membawa keluar barangan makanan dari lapangan terbang ke kawasan bencana di Sendai.

Sewanya mencecah hampir satu juta ringgit untuk satu lori.

Butirannya bersama Salina Zakaria di Tokyo.

Misi kemanusiaan ini membawa 100 tan makanan dari Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo petang semalam.

Sebaik tiba, halangan pertama bermula apabila kos sewa lori untuk ke sendai mencecah 915 ribu Ringgit atau 300 ribu dolar Amerika.

Namun itu tidak mematahkan semangat sukarelawan dari Malaysia.

DATUK ABDUL AZEEZZ ABDUL RAHIM / PRESIDEN KELAB PUTERA 1 MALAYSIA
Banyak sangat birokrasi , tax ..untuk kita bawa barang ketempat dimana rakyat mereka sedang pindah, dikem2 walaubagaimana pun kita sedang uruskan, dan alhamdulilah kita akan cuba pelbagai kaedah kerana ada beberapa pengalaman tersebut, memandangkan negara dia first world country, untuk kita keluarkan makanan dari airport

Dalam usaha itu, Datuk Azeez  bertemu Timbalan Menteri Luar Jepun, Banno Yutaka petang tadi.

Pertemuan singkat disertai Duta Malaysia di Jepun, Datuk Shahruddin Md Som.

Dan semasa perbincangan Banno Yutaka mengakui kerajaannya sedang menghadapi masalah logistik  yang teruk.

Antaranya kekurangan pengangkutan serta bahan api, disebabkan bencana tsunami yang dianggap paling buruk dalam sejarah dunia.

Namun mewakili kerajaan, Banno menyampaikan ucapan penghargaan kepada usaha dilakukan sukarelawan dari Malaysia.

Sementara itu sehingga jam 4.30 petang tadi, hanya 50 tan bekalan berjaya dibawa keluar dan ditempatkan di pejabat kedutaan Malaysia.

 SALINA ZAKARIA/ SALINA.Z@TV3.COM.MY
Walaupun, pelbagai rintangan dan cabaran sedang dihadapi oleh misi bantuan ini untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa di Sendai, namun pelbagai usaha sedang dilakukan bagi memastikan agar bekalan makanan dihantar  dapat sampai kepada golongan sasaran, Salina Zakaria  dan Jurukamera, Azman Shamsuddin dari Tokyo untuk TV3.