Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Nenek Ditemui Mati Dijerut

15 May 2013, 09:00pm by Rodhiah M


Seorang nenek berusia 81 tahun, ditemui mati dengan leher terjerut di sebuah rumah kedai di Pekan Sanglang, Jerlun Kedah.

Ketika ditemui, mangsa dipercayai sudah lebih 12 jam meninggal dunia.

ACP MOHD NASHIR YA / KETUA SIASATAN JENAYAH KEDAH
"Dalam kedai pemeriksaan pada tubuh mayat ada tanda-tanda lebam di bahagian muka,tengkuk,tangan,pemeriksaan lanjut dalam kedai kita dapati pintu belakang kedai ada kesan pecah manakala kehilangan barang-barang yang berlaku merupakan rokok dan juga wang tunai di mana jumlah kerugian belum lagi diketahui".

Menurut ACP Nashir Ya lagi, polis tiba di tempat kejadian sebaik dimaklumkan kejadian, kira-kira jam 9.40 malam.

Kes terbongkar selepas jiran mangsa mendapati peniaga itu tidak membuka kedainya, walaupun sudah jam empat petang.

Bimbang sesuatu yang buruk terjadi, dia kemudian segera menghubungi anak mangsa yang tinggal di Jitra.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.