Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

PM Minta Rakyat Sabah Tak Terpedaya Janji Manis Pakatan Pembangkang

23 Apr 2013, 08:23pm by nur farhanin


 

Perdana Menteri juga meminta rakyat Sabah tidak terpedaya dengan janji manis pakatan pembangkang untuk menaikkan royalti minyak negeri itu daripada 5 peratus kepada 20 peratus.

 

Ini kerana hakikatnya, peruntukan pembangunan yang diterima Sabah daripada kerajaan pusat ketika ini, jauh melebihi nilai 20 peratus royalti minyak berkenaan.

 

Turut dijelaskan perdana menteri, hubungan erat antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan pusat juga membolehkan peruntukan berterusan disalurkan tanpa masalah.

 

Mengikut keperluan dan permohonan yang diajukan kerajaan negeri.

 

Ia termasuk peruntukan 230 juta ringgit untuk menaik taraf kemudahan bekalan air di Beaufort yang diluluskan beliau Februari lalu.

 

Serta peruntukan RM250 juta untuk kemudahan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu, baru-baru ini.