- Home
- Berita TV3
- Tajuk Utama
- Pastikan Penguasaan Bahasa Melayu Di Perantauan Tidak Pupus
Malaysia sedang mengkaji permintaan rakyatnya yang berada di luar negara supaya sesuatu dapat dilakukan agar penguasaan Bahasa Melayu di kalangan mereka di perantauan tidak pupus ditelan bahasa lain.
Paling dibimbangi mereka yang menyuarakan cadangan itu masalah itu akan menjangkiti secara serius kalangan generasi muda.
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi jaminan untuk melakukan sesuatu atas cadangan itu, berkata usaha akan diambil selaras dasar kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri yang berada di Copenhagen bagi menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah Kali Ke-Tiga, menemui rakyat Malaysia di Denmark dalam satu majlis.
Selain pelajar, kebanyakan warga Malaysia di negara ini bekerja dalam bidang kejuruteraan, industri minyak dan gas serta perkapalan.
Dalam ucapannya beliau menjelaskan senario di Malaysia sejak dua tahun lalu hingga terkini.
Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi Melalui N-K-R-A dan N-K-R-E hinggalah kepada usaha membawa rakyat Malaysia profesional pulang berkhidmat di negara sendiri, itu antara kandungan ucapan.
Dan ketika sesi soal jawab, timbul cadangan mengenai penguasaan Bahasa Melayu di kalangan perantau yang diutarakan oleh Pengerusi Persatuan Malaysia-Denmark, Poo Chu Chua.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI
My respon is we can work on it becoz this is new and of course they will a be cost implication but we need to study it. Let say for example how many Malaysian kids of school growing age that we feel need to give chance to study Bahasa Melayu and of course second year cost value to organize it and we ministry of education send teachers here or can you send somebody from here that can train when you comeback here, stay here it is something that we can look back becouse we have facilities to train people.
Dan antara langkah awal yang dilihat Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ialah menghantar buku dan sukatan pelajaran Bahasa Melayu.
SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...
Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...
Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...
PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...
Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...
Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...
FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...
PPKPR di 56 DUN Selangor
Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR akan menempatkan Pasukan...
Lebih lanjut...
Hasil 15 Serbuan di Lembah Klang dan P. Pinang
Pil khayal Eramin 5 bernilai 43 juta...
Lebih lanjut...
Puteri UMNO Kerja Keras Pastikan BN Kekal Memerintah
Jentera parti akan terus bekerja kuat demi...
Lebih lanjut...