Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Karisma Dilancarkan

24 Aug 2011, 04:00pm by NURUL AZURA ABDUL RAHMAN


Perdana Menteri mengumumkan peruntukan 1.4 billion ringgit bagi membantu 500 ribu golongan kurang bernasib baik menerusi Program Kebajikan Rakyat Satu Malaysia, Karisma.

Menurut Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selain orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal, program bantuan bulanan itu turut meliputi balu anggota pasukan keselamatan.

Datuk Seri Najib menjelaskan Karisma adalah penjenamaan semula program bantuan antara 100 hingga 450 ringgit sebulan untuk golongan terbabit.

Dengan peningkatan golongan sasar kepada 500 ribu orang, kerajaan menambah peruntukan kepada 1.4 billion ringgit.

Daripada peruntukan itu, RM290 juta akan disalurkan kepada program kanak-kanak, RM332 juta untuk OKU, RM445 juta bagi warga emas dan RM303 juta bagi membiayai program kemasyarakatan.