SPR Setuju Petugas Media Daftar Sebagai Pengundi Pos

22/02/2012 20:00:00

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR bersetuju membenarkan petugas media mendaftar sebagai pengundi pos, pada Pilihan Raya Umum ke-13,

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof keputusan itu akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, PSSC,  bagi penambahbaikan proses pilihan raya 6 Mac depan.

TAN SRI ABDUL AZIZ MOHD YUSOF/ PENGERUSI SPR
Kita dah setuju tadi petugas media ini dibawah peraturan 31.F boleh mohon kepada pegawai pengurus, r.O untuk dimana mereka mendaftar sebagai pengundi di kota bahru di johor bahru, pegawai pengurus itulah menimbangkan kelulusan permohonan mereka.

Keputusan itu dibuat selepas SPR mengadakan perbincangan mengenainya  dengan pengarang kanan dan wakil media di ibu pejabat SPR di Putrajaya siang tadi.

Cadangan membenarkan petugas media mendaftar sebagai pengundi pos dibuat PSSC setelah menerima rungutan ramai wartawan tidak berpeluang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi setiap kali pilihanraya kerana bertugas di luar kawasan mengundi berdaftar mereka.

Menurut Tan Sri Abdul Aziz peraturan pengundian secara pos menetapkan setiap calon yang layak perlu membuat permohonan kepada pegawai pengurus pilihanraya di kawasan masing-masing selepas hari penamaan calon.

Dan setiap permohonan perlu disahkan oleh majikan petugas media.

Sehubungan itu, SPR akan berkerjasama secara pentadbiran dengan organisasi media untuk mengenal pasti petugas yang layak mengundi pos.

Selepas permohonan itu diluluskan, petugas media terbabit tidak boleh menukar status untuk mengundi secara biasa pada pilihanraya yang sama.

Berita Lain

SMK Jeram Kuala Terengganu Rayakan Hari Guru Dengan Cara Tersendiri
16/05/2012 19:59:00
Seperti di sekolah lain, murid dan guru...
Lebih lanjut...

Pengurusan Sekolah Satu Sistem Tunggal Diperkenal
16/05/2012 19:43:00
Bagi mengurangkan beban tugas perkeranian dalam kalangan...
Lebih lanjut...

Lebih 24,000 Guru Bakal Nikmati Kenaikan Pangkat
16/05/2012 19:25:00
Lebih 24 ribu guru lepasan ijazah dan...
Lebih lanjut...

PM Hadiri Majlis Dihoskan Pewaris Takhta Britain
16/05/2012 19:04:00
Perdana Menteri turut menghadiri satu lagi majlis...
Lebih lanjut...

FGVH Bakal Muncul Antara Syarikat Komoditi Terbesar di Dunia
16/05/2012 18:53:00
Felda Global Ventures Holdings Bhd, FGVH, menandatangani...
Lebih lanjut...

Guru Sekolah Rendah Berijazah Menjelang 2015
16/05/2012 16:15:00
Kementerian Pelajaran mensasarkan seramai 60 ribu guru sekolah...
Lebih lanjut...

Hadiah Hari Guru Mulai 1 Jun
16/05/2012 13:29:00
Berita baik untuk guru lepasan ijazah dan lepasan...
Lebih lanjut...

Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun
16/05/2012 12:40:00
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet...
Lebih lanjut...

Berita Berkaitan

Keluarga Nayati Enggan Temui Media
03/05/2012 13:22:00
Usaha wakil media untuk menemui keluarga Nayati Shamelin...
Lebih lanjut...

Petugas Media Dipukul, Dimaki Hamun
30/04/2012 20:35:00
Bukan sahaja dipukul, malah ada yang dimaki hamun.Yang...
Lebih lanjut...

Ucapan Syabas Kepada Semua Petugas
29/04/2012 15:00:00
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengucapkan...
Lebih lanjut...

Misi Bantuan NSTP-Media Prima Berlepas Ke Bangkok
28/04/2012 14:17:00
Konvoi Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Bencana NSTP-Media Prima...
Lebih lanjut...