Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Jerebu Akibat Pembakaran Terbuka di Indonesia

15 Jun 2012, 07:16pm by Rodhiah M


Selepas beberapa minggu negara dilanda cuaca panas, hari ini ruang udara negara pula diselubungi jerebu.

 

Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Shah Alam - mencatat bacaan indeks pencemaran udara, IPU tidak sihat antara 106 hingga 131.

Malangnya - punca jerebu tetap sama sejak sekian lama.

Pembakaran terbuka di Riau dan Sumatera Tengah, Indonesia, dan diburukkan lagi - kebakaran hutan gambut.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, asap tebal yang dibawa angin barat daya - dipercayai berpunca dari kebakaran sehingga jam 11 pagi tadi - kemerosotan kualiti udara dikesan dari 51 stesen pengawasan kualiti udara sejak 2 pagi semalam.

Laporan imej satelit juga menunjukkan asap tebal bertiup dari kawasan titik panas Sumatera menghala ke Semenanjung Malaysia.

Beberapa kawasan di ibu negara turut mengalami kadar penglihatan kurang dari satu kilometer meskipun berapa pada paras sederhana.

Jerebu dijangka berterusan beberapa hari, ekoran cuaca kering.

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka serta mengelak aktiviti luar dalam tempoh berkenaan.

Segala maklumat dan laporan mengenai pembakaran terbuka boleh dibuat menerusi talian tertera.