Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut Sebelum 27 Ogos

27 Jun 2013, 09:00pm by Rodhiah Abu Yazid


Pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri, DUN Kuala Besut, Terengganu, perlu diadakan selewat-lewatnya 27 Ogos depan.

Notis kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar, sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR siang tadi.

Notis berkenaan diserahkan oleh Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong kepada Pengarah SPR Negeri, Fakhrul Razi Abd Wahab, yang kemudian dihantar kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

FAKHRUL RAZI AB WAHAB / PENGARAH SPR TERENGGANU
"SPR bersedia jalankan tugas dan tak kan timbul sebarang kesulitan coz kita baru saja PRU. So semua petugas dah diberi latihan dan taklimat yang cukup. Kita dapat kerjasama baik dari kerajaan negeri, takde masalah untuk pilihan raya kecil".

Fahkrul menjelaskan, SPR akan mengadakan mesyuarat dan taklimat ringkas berhubung pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di Putrajaya esok.

Beliau turut mengesahkan, dakwat kekal akan terus diguna-pakai dalam pilihan raya itu nanti.