Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama

TPM Umum 4 Projek Prasarana Di Labuan

17 Apr 2013, 09:00pm by nur farhanin



Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kelulusan empat projek prasarana dan naik taraf kemudahan asas di Labuan bernilai RM165.65 juta.

Menurutnya, kerajaan pusat mempunyai pelbagai perancangan untuk terus membangunkan Labuan sebagai pusat pertumbuhan rantau ini, dengan mengambil kira potensi hub minyak dan gas.

Empat projek berkenaan ialah pembinaan jalan pintas Kampung Gersik untuk memendekkan masa perjalanan dari Lapangan Terbang Labuan ke kawasan perindustrian Rancha Rancha dengan RM27 juta.

Projek naik taraf stesen janakuasa patau patau dan bekalan elektrik sokongan baru dengan kos 62.5 juta ringgit.

Juga, projek naik taraf rangkaian paip sedia ada di kawasan perindustrian Rancha Rancha dengan kos RM36.2 juta.

Serta projek membina ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan dengan peruntukan RM40 juta.

Kesemua projek terbabit dijangka siap antara tahun depan hingga 2016.